skip to main |
skip to sidebar
Hampir saban hari aku menunggu dan terus menunggu..bilakah penderitaan hidup ini akan berakhir.bilakah penderitaan ini akan berganti dengan kebahagiaan???Kesempitan hidup memaksa diri ini untuk menjadi orang lain..Aku selalu tanya ibu..''Ibu,bilakah hidup kita akan berubah??takkan nak macam ni ja??"..tanya aku untuk mendapatkan kepastian..Mak aku menjawab dengan spontannya."Entahlah Zam.kita berserah sajalah kepadanya...kalau ada rezeki adalah,tapi kalau tak ada apa boleh buatkan??"..Mendengar kata-kata itu aku terus mendiamkan diri dan terus masuk ke bilik..Sambil baring-baring di katil..aku menoleh ke arah syiling mengenang akan kata-kata ibu sebentar tadi..lalu aku memikirkan masalah yang di tanggung oleh ibu..Bagaimana untuk berbelanja??nak bayar itu,nak bayar ini!!!Haish kadang -kadang aku tanya pada diri aku sendiri..Kenapa hidup ini terlalu kejam..Kenapa aku yang patut rasa semua ini???Kenapa aku tidak kaya seperti orang lain??Kenapa??kenapa???kenapa???...
Mungkin orang yang tidak berada di tempat aku ini tidak dapat merasa betapa peritnya hidup yang di bebani masalah..Begitu juga dengan rakanku..Dia tidak pernah faham perasaan aku..selalu tidak percaya apa yang aku katakan..Dengan slumber dia jawab "KAU ni banyak alasan la.."Mungkin dia anggap aku tipu dia..memang lansung tidak memahami.Takpe la..memang semua orang tak akan memahami..Memang tak semua orang akan rasa seperti mana aku rasa sekarang..Aku pun manusia biasa saja..dan kau pun manusia biasa..Mulut orang memang tidak boleh nak tutup..Hari ini aku dan kawan aku telah pergi ke bandar..untuk membeli protin untuk "muscle''..tapi sayangnya protin tu habis dan mungkin esok akan ada stok dia..Selepas itu,kami pergi ke sebuah kedai muzik untuk melihat harga gitar kapok yang aku nak beli..Apabila kami masuk ke kedai muzik,aku melihat bermacam jenis dan jenama gitar mengikut harga yang di tetapkan..Jurujual yang ada itu menerangkan jenis-jenis gitar ..Oh ya..sebelum aku lupa.. minat gitar ini sudah lama sangat..sebenarnya aku minat pada muzik..muzik adalah segala-galanya pada aku..aku pada mulanya hanya bermain sebuah alat muzik yang bernama REKORDER..Aku mula minat pada gitar ini sejak aku melihat kawan aku bermain dengan merdu sekali iramanya..Tak salahkan kalau sesekali nak tukar minat..dari bermain rekorder teringin pulak nak bermain gitar..hehehehe....tapi aku hanya berangan semata-mata..sebab bajet nak beli gitar itu tidak mencukupi.
Alahai nasib-nasib..adakah angan-angan aku ini hanya sekadar angan-angan Mat Jenin??Atau angan-angan aku ini akan menjadi suatu kenyataan..Aku amat berharap sangat agar angan-angan itu tadi betul-betul menjadi kenyataan..huhuhuhu....Insyaallah..kalau aku dikurniakan rezeki aku akan beli jugak gitar itu..walaupun bila aku belinya nanti kawan-kawan aku mungkin dah mahir dalam menggoreng lagu-lagu terkini...Pada pendapat aku,biarlah kalau kita hidup dengan berangan-angan..asalkan tidak mengganggu orang dan hidup aku bahagia..biar bermula dari angan-angan..dengan angan-angan..mungkin dengan angan-angan kita akan berusaha untuk mencapai segala yang kita berangankan tadi..
Aku percaya kebahagiaan akan muncul juga..tetapi tidak tahu bila kebahagian itu akan menjelma..Bukan mudah untuk kecap kebahagiaan..kalau tidak mengharungi halangan dan rintangan..kita tidak akan merasa susahnya untuk kehidupan..Biar kita dapat pengalaman dari apa yang kita tempuh..Segala kata-kata cacian..biarlah kita jadikan sempadan dan semangat untuk kita menjadi kuat untuk mengharungi cabaran yang menanti..Bak kata pepatah "Berakit-raki dulu,berenang-renang kemudian..Bersakit-sakit dulu,bersenang-senang kemudian..Inilah dunia..Ia seperti roda.kadang-kadang ia diatas,kadang-kadang dibawah..
0 comments:
Post a Comment